Katrina Ann Abdul Hadi (kiri) dan Zylane Lee menyumbang emas pertama Malaysia di Sukan SEA ke-28
SINGAPURA, 4 Jun (Bernama) -- Gandingan perenang berirama, Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee menyumbang emas pertama Malaysia di Sukan SEA ke-28 dalam kategori teknikal duet dan rutin bebas di sini, hari ini.
Dalam saingan sengit di Pusat Akuatik OCBC di sini, gandingan negara mencapai kelebihan tipis 1.0731 mata untuk mengetepikan wakil Singapura, Stephanie Chen-Crystal Yap.
Katrina Ann-Zylane mengumpul 75.3436 mata dalam acara rutin teknikal dan menambah 75.5667 mata dalam final rutin bebas untuk mengumpul sejumlah 150.9103 mata berbanding 149.8372 mata oleh peserta tuan rumah.
Bagaimanapun, gandingan Singapura itu menerima 75.8667 mata dalam acara rutin teknikal dan 75.5667 mata dalam acara rutin bebas.
Gandingan Indonesia, Anisa Feritrianti-Adela Amanda Nirmala memenangi pingat gangsa dengan jumlah 139.0880 mata.
"Walaupun keadaan agak tertekan dalam saingan sengit tetapi kami amat bersyukur kerana dapat menyumbang pingat emas pertama negara.
"Pungutan mata antara kami dan wakil tuan rumah begitu sengit. Persembahan hari ini adalah lebih baik berbanding semalam. Kami menampilkan persembahan terbaik dan gembira dengan hasilnya," kata Katrina Ann.
"Dua bulan sebelum Sukan SEA, kami melakukan latihan selama lapan jam sehari. Sebagai perenang senior, kami perlu membimbing perenang muda dalam acara ini," kata perenang berusia 22 tahun itu.
Bagi Zylane, beliau amat teruja, seolah-olah kehilangan kata-kata untuk menggambarkan kejayaan ini.
"Kami rasa tertekan tetapi bersepakat untuk memberi tumpuan kepada renangan serta mengelak kesilapan semalam. Saya amat gembira untuk merangkul emas pertama bagi diri saya dalam acara duet kerana pada kebiasaan saya bersaing dalam acara berpasukan," kata Zylane.
Pada sebelah malam nanti, gandingan itu akan bersaing dalam acara kombinasi bebas berpasukan bersama-sama dengan Fong Yan Nie, Gan Hua Wei, Gan Zhen Yu, Kwong Zhi Kei, Lee Yiat Lum, Lee Yiat Xin dan Tasha Jane Taher Ali.
Semalam, skuad perenang berirama negara merangkul pingat perak dalam acara teknikal dan rutin bebas berpasukan.
Sumber: BERNAMA

No comments:
Post a Comment