Kuala
Lumpur: Sanjay Singh Chal dan Mohd Addeen Idrakie mengaku tidak sabar
menjadikan aksi Sukan SEA 2015 Singapura sebagai batu loncatan bagi
menggantikan pemain senior skuasy pada masa akan datang.
Menurut
Sanjay, segala persiapan untuk aksi pertama di temasya berkenaan berjalan
lancar setakat ini termasuk berguru di England untuk tempoh empat bulan.
“Selepas
baru pulang, bukan mudah untuk kami menyambung persiapan dalam tempoh singkat
sebelum berangkat ke Singapura,” kata pemain kelahiran Sarawak berusia 21 tahun
itu.
Jelasnya,
pemain tuan rumah dilihat mampu menjadi penghalang mereka untuk menguasai acara
berkenaan yang kali terakhir dipertandingkan pada Sukan SEA 2007 Thailand.
“Indonesia
mungkin memberi sedikit ancaman, Thailand saya kurang pasti, tapi kami berharap
dapat menyapu bersih empat emas ditawarkan,” kata Sanjay.
Sementara
itu, Addeen mengaku aksi di Kejohanan Individu Asia di Kuwait awal bulan ini
banyak memberi pengajaran yang boleh dijadikan bekalan berguna di Singapura
nanti.
“Banyak
yang kami pelajari di kejohanan itu, termasuk bersaing dengan pemain lebih
berpengalaman. Saya harap di Sukan SEA nanti kami akan gunakan pengalaman ini
untuk merealisasikan impian pemain Malaysia bertemu sesama sendiri di
perlawanan akhir.
“Saya
rasa tidak ada tekanan untuk sasaran luar biasa itu. Kami hanya mahu bermain
dan belajar. Jika kami menikmati perlawanan barulah mudah untuk menang,” kata
Addeen.
Ditanya
sama ada mereka bersedia menggalas tugas pemain senior seperti Ong Beng Hee dan
Mohd Nafiizwan Adnan, pemain berusia 21 tahun itu berkata, dia berharap Sukan
SEA akan menjadi gelanggang terbaik buatnya. untuk menggantikan pemain senior.
Ferzalfie
Fauzi- Arena, Harian Metro
No comments:
Post a Comment