Kuala
Lumpur: Skuad bowling negara diketuai atlet berpengalaman Alex Liew kini
bersedia mengibarkan cabaran mempertahankan lima emas dirangkul ketika Sukan
SEA empat tahun lalu di Indonesia.
Selepas
tidak dipertandingkan di Myanmar, temasya Sukan SEA Singapura tempat skuad
bowling negara terdiri daripada enam lelaki dan wanita mempamerkan kemampuan
untuk membuktikan siapakah jaguh sebenar Asia Tenggara.
Pengurus
pasukan Cheah Ban Cheng berkata, barisan skuad bowling negara kali ini cukup
bersedia dan dengan kombinasi pemain lama dan baru ia dilihat satu skuad cukup
mantap.
Katanya,
meskipun hanya dibarisi dua pemain senior, kehadiran tiga pemain muda tidak
harus dipertikaikan kerana mereka sudah membuktikan kehandalan di beberapa
kejohanan sebelum ini selain bersedia untuk beraksi di Sukan SEA.
“Selain Alex
dan Adrian (Ang) yang tidak lagi perlu dipertikaikan kehebatan mereka, barisan
wanita pula dibarisi ikon bowling negara Shalin Zulkifli dan Sin Li Jane, iaitu
juara bertahan di Terbuka Singapura.
“Namun kita
perlu hati-hati kerana pemain wanita tuan rumah juara dunia, bagaimanapun
Indonesia dan Thailand juga mempunyai senarai pemain handalan yang perlu diberi
perhatian,” katanya.
Bowling
menjadi lubuk emas negara apabila menyumbangkan lima emas dengan empat
disumbangkan pemain kidal negara, Alex di Jakarta, empat tahun lalu.
Mengulas
sasaran negara, Ban Cheng berkata, barisan pemain negara akan cuba
mempertahankan lima emas selain berharap menjejakkan kaki ke podium dalam
setiap acara.
Katanya,
sasaran itu realistik kerana setiap pemain pastinya mempunyai sasaran meraih
emas apabila turun bertanding.
Selain Alex
dan Adrian, skuad lelaki negara dibarisi Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malek,
Tan Chye Chern, Mohd Rafiq Ismail manakala skuad wanita terdiri dari Shalin, Li
Jane, Cheah Mei Lan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Natasha Mohamed Roslan
serta Dayang Khairuniza Dhiyana.
Arena - Harian Metro
No comments:
Post a Comment