Kuala
Lumpur: “Kami tak kejar rekod, tetapi kami mahu mempertahankan pingat emas.”
Demikian
kata ketua jurulatih skuad hoki wanita negara Mohd Nasihin Nubli Ibrahim yang
yakin anak buahnya mampu mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Singapura
pada 5 hingga 16 Jun.
Skuad
bimbingan Nasihin mencuri tumpuan dua tahun lalu di Yangon, Myanmar apabila
mencipa sejarah membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua sekali gus
mencipta rekod kemenangan terbesar di dunia.
Rekod
jaringan sebelum itu dilakar Argentina yang menewaskan Peru 26-0 pada Kejohanan
Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile pada 2003.
“Saya
sendiri tak pernah terfikir soal rekod atau sebagainya, tapi kami mempunyai
tanggungjawab untuk pastikan dapat mempertahankan emas.
“Cabaran
utama adalah Thailand yang kami temui pada perlawanan akhir dua tahun lalu,”
katanya kepada Arena Metro semalam.
Keyakinan
Nasihin menguatkan jangkaan ramai terhadap skuad hoki negara yang pastinya
disasarkan meraih dua pingat emas termasuk skuad lelaki.
Untuk
saingan di Singapura, skuad lelaki negara hanya membariskan pemain remaja di
bawah bimbingan Arul Selvaraj.
Ketika
ini, mereka berada di negara itu untuk mengadakan lima perlawanan persahabatan
dengan skuad senior Singapura.
“Skuad
negara sudah memenangi dua perlawanan iaitu menang 2-1 serta 7-0 ke atas skuad
senior Singapura.
“Walaupun
nampak mudah, tapi kami tetap hormati mereka apabila bertemu pada saingan
sebenar nanti,” kata pengurus pasukan Mirnawan Nawawi.
Oleh
Saiful Affendy Sapran- Arena, Harian Metro
No comments:
Post a Comment