KUALA
LUMPUR - Skuad menembak negara membariskan penembak terbaik mereka pada Sukan
SEA Singapura, bulan depan bagi merealisasikan misi memperbaiki pencapaian di
Myanmar dua tahun lalu.
Pengurus
pasukan menembak, Muzli Mustakim berkata, antara penembak terbaik yang akan menyertai
temasya kali ini ialah pemenang pingat perak Sukan Asia 2014, Ezuan Nasir Khan
dan ratu menembak negara, Nur Suryani Taibi.
“Selain
dua atlet tersebut kita juga membariskan penembak elit kami iaitu Nur Ayuni
Farhana Abdul Halim, Bibiana Ng Pei Chin serta Muslifah Zulkifli.
“Mereka
ini adalah atlet berpengalaman kami dan kami berharap dengan penyertaan mereka
mampu memperoleh keputusan cemerlang buat kontinjen negara.
“Bagi
kami untuk memperbaiki pencapaian lalu bukan satu tugas mudah kerana negara
lain yang bertanding sudah pasti seperti kami juga yang membariskan penembak
terbaik mereka,” kata Muzli.
Pada
Sukan SEA 2013, skuad menembak hanya mampu meraih satu pingat emas, tiga perak
dan empat gangsa.
Temasya
Singapura bakal mempertandingkan 26 acara berbanding 12 pada Sukan SEA di
Myanmar.
ZAZALI JAMIAN - UTUSAN
No comments:
Post a Comment