Tuesday, May 12, 2015

Kim Swee hampa aksi Gary, Rozaimi




Bangi: Pengendali Bawah 23 Tahun negara Datuk Ong Kim Swee masih kurang senang dengan prestasi dipamerkan Gary Stevan Robbat dan Rozaimi Abd Rahman.

Kedua-kedua pemain diturunkan Kim Swee dalam aksi 45 minit pertama ketika menang 4-1 ke atas Real Mulia FC petang semalam namun masih belum menceriakan pengendali dari Melaka itu.
“Walaupun ada pemain sudah bersama saya dulu namun terdapat masalah terutamanya dalam aspek kecergasan, pemain seperti Gary dan Rozaimi yang kurang berkesan.

“Ini kerana mereka kurang mendapat peluang untuk bermain. Mereka mungkin akan diarah melakukan latihan tambahan agar kembali berada pada tahap terbaik,” kata Kim Swee.
Kedua-dua pemain antara yang diturunkan Kim Swee pada separuh masa pertama namun skuad negara ketinggalan 0-1.

Bersambung babak kedua, Kim Swee melakukan lapan pertukaran dengan hanya mengekalkan Fandi Othman, Shahrul Saad dan Amer Saidin yang menyaksikan mereka meledak empat gol.
Dua gol disumbangkan S Kumaahran manakala masing-masing satu gol oleh Syazwan Tajudin dan Adam Nor Azlin.

“Beberapa pemain senior perlu bangkit, saya harap mereka sedar kita hanya mempunyai tempoh dua minggu. Jika gagal mempamerkan prestasi yang baik dalam aksi persahabatan seterusnya, mereka akan digugurkan,” jelasnya.

Skuad negara akan menentang Sabah selain sudah mendapat persetujuan lisan menentang Indonesia.


Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment