Kuala
Lumpur: Pemegang rekod kebangsaan lempar cakra, Muhammad Irfan Shamsuddin
berada di landasan tepat mempertahankan pingat emas dimenanginya dua tahun lalu
di Myanmar apabila membawa cabaran negara di temasya Sukan SEA Singapura bulan
depan.
Pengalaman
latihan selama sebulan di Australia berbaloi apabila sekali lagi memperbaharui
rekodnya di Terbuka Malaysia Mac lalu.
Irfan
melakar lemparan sejauh 58.04 meter, jauh mengatasi rekod lamanya 54.79m dan
akan beraksi di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di China pada 7 Jun ini
sebelum berlepas ke Singapura.
Kejohanan
itu pemanas badan terbaik buat dirinya menilai prestasi sebelum ke Singapura.
“Saya tidak
menyasarkan apa-apa di ATF kerana ia penyertaan pertama dan saya sedar bukan
senang untuk mendapatkan pingat terutama beraksi dengan pemenang pingat perak
Sukan Olimpik 2012 dari Iran, Ehsan Haddadi.
“Jika boleh
saya mahu terus memecah rekod kebangsaan dan membuat balingan terbaik serta
menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik Asia, itu sudah satu kejayaan
besar,” katanya yang kini menduduki ranking ketujuh Asia.
Bagi Irfan,
dia menganggap tekanan sebagai satu cabaran terbaik untuk terus kekal fokus
sebelum Sukan SEA dam dia mahu melakukan catatan 60m untuk layak ke Sukan
Olimpik Rio.
Rekod Sukan
SEA dipegang atlet tuan rumah Wong Tuck Yim sejauh 59.50m dilakukan pada
temasya 1999 di Brunei.
“Misi saya
adalah untuk pecah rekod Sukan SEA dan jika boleh mahu lakukan lemparan 60m.
Saya perlu banyak berlatih bersama jurulatih Fero Petrovic.
“Tidak ada
yang mustahil selagi kita terus berusaha,” katanya.
Aida
Adilah Mat- Arena, Harian Metro
No comments:
Post a Comment