Kuala
Lumpur: Atas kertas skuad terjun negara memang tiada tentangan menjelang Sukan
SEA Singapura, namun Ahmad Amsyar Azman tidak mahu terlalu yakin hingga
terlepas pingat emas yang menjadi sasarannya.
Katanya
walaupun ini penampilan ketiganya di temasya dwi tahunan itu, ia bukan tiket
untuknya berasa selesa dan terlampau yakin apabila menjejakkan kaki di Pusat
Akuatik OCBC.
“Sasaran
sudah tentu mempertahankan pingat emas tiga meter papan anjal seirama dimenangi
bersama Ooi Tze Liang, dua tahun lalu,” katanya yang hanya mengambil bahagian
dalam satu acara saja.
Atlet
kelahiran Perlis itu berkata, setakat ini dia tidak berdepan sebarang masalah
untuk mempersiapkan diri menjelang temasya itu termasuk bebas kecederaan.
“Apa yang
saya beri tumpuan sepanjang latihan ialah memperbaiki teknik terjunan selain
meningkatkan persefahaman bersama Tze Liang. Kami tidak mahu terlampau yakin
ketika beraksi nanti.
“Saya
berjanji akan buat yang terbaik dan sentiasa waspada dengan aksi penerjun
negara lain,” katanya.
Ditanya
sama ada dia pernah mencuba Pusat Akuatik OCBC, Amsyar berkata, tahun lalu dia
sudah beraksi di kolam itu ketika Kejohanan Grand Prix 2014 Singapura.
Dia
berjaya membawa pulang dua gangsa, tiga meter papan anjal individu dan seirama
ketika bergandingan bersama Chew Yi Wei.
“Aksi di
Singapura juga sangat baik untuk saya mempersiapkan diri menjelang Kejohanan
Dunia 2015 di Kazan, Julai ini. Kejohanan itu sangat penting untuk mencari mata
kelayakan ke Sukan Olimpik Rio,” katanya.
Arena -
Ferzalfie Fauzi
Oleh Ferzalfie Fauzi
No comments:
Post a Comment