Kuala
Lumpur: Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim mahu
semua atlet ke temasya Sukan SEA Jun ini terus berusaha melakukan yang terbaik
mengembalikan kegemilangan sukan itu di peringkat Asia Tenggara.
Biarpun
mengetahui sukar kerana olahraga negara kini berdepan zaman kemerosotan, beliau
menuntut peningkatan daripada atlet terutama mereka yang berada dalam kelompok
pelapis dengan bantuan Pengarah Teknikal Robert J Ballard.
Karim
berkata, Ballard perlu mengotakan janji kepada KOM meningkatkan kembali mutu
olahraga negara.
“Saya
harap Ballard menjalankan tugasnya dengan baik dan buktikan apa yang dijanjikan
kepada kami sebelum mendapatkan jawatan itu. Antaranya membawa pulang pingat.
“Namun
saya belum pasti berapa sasaran ditetapkannya kerana beberapa jurulatih
tempatan memaklumkan kepada saya, tiada sasaran pingat emas dan hanya perlu
membawa pulang pingat saja tanpa mengira warna.
“Saya
serah kepada Ballard kerana dia sudah diberi tanggungjawab ini,” katanya.
Katanya,
semua atlet perlu diberi layanan sama rata dan jangan ada pendekatan berat
sebelah yang boleh membuatkan perkembangan atlet terbantut.
Justeru
Karim menyeru setiap atlet yang bertanding di Sukan SEA nanti menunjukkan
peningkatan namun menegaskan beliau bukan berniat untuk memberi tekanan.
Setakat
ini KOM menyenaraikan 25 atlet dengan 17 daripadanya layak secara merit,
membabitkan 11 lelaki dan enam wanita manakala lapan disenaraikan di bawah
Kategori B.
Oleh Aida
Adilah Mat- Arena, Harian Metro
No comments:
Post a Comment