WALAUPUN tidak meletakkan sebarang sasaran warna pingat, penolong jurulatih skuad angkat berat negara, Zakaria Yusop tetap optimis, anak buahnya mampu memberikan tentangan dalam saingan di Laos nanti.
Jika di Korat dua tahun lalu, Malaysia hanya membawa pulang satu pingat perak dan dua gangsa, namun kali ini tiada sasaran warna pingat diberikan apa lagi majoriti atlit ke Laos adalah merupakan muka dari skuad pelapis.
“Harapan sememangnya walaupun kebanyakan daripada mereka akan beraksi di Sukan Sea buat pertama kali.
“Cuma mungkin kejutan mampu dilakukan pemegang dua pingat gangsa di Korat, Naharuddin (Mahayuddin) tetapi ketika ini, saya tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepadanya,” katanya.
Bagi Naharudin, kehadirannya di Laos bukan dengan misi merangkul emas kategori 62 kiliogram kerana sedar dengan cabaran lawan yang hebat khususnya dari Indonesia dan Thailand.
Sebaliknya, cabarannya lebih terarah kepada mencipta rekod baru kebangsaan yang kini pada 126kg bagi acara snatch dan 152kg untuk clean & jerk.
“Atlit Indonesia yang bertanding kali ini adalah pemegang pingat gangsa Sukan Olimpik Beijing, malah peserta Thailand juga turut hebat. Tapi itu bukan alasan untuk saya menyerah kalah dengan mudah sebelum bertanding.
“Jika saya mampu mencipta rekod kebangsaan, saya yakin skuad negara sekurang-kurangnya akan dapat mencuri sebutir pingat tidak kira warna,” katanya yang ditemui selepas sesi latihan di Majlis Sukan Negara.
Bagi Md Faerul Talib pula, biarpun ini kali pertama beraksi di Sukan Sea, ia tidak akan melemahkan semangatnya untuk bersaing sekalipun percaya harapan pingat cukup sukar buatnya.
Dia yang baru pulih dari kecederaan bahu yang dialaminya pada Temasya Mini Olimpik lalu, tetap berhasrat untuk mengutip pingat, biarpun pendedahan kali ini lebih bagina menimba pengalaman.
Kontinjen angkat berat negara terdiri daripada Naharudin Mahayudin, Amirul Hamizan Ibrahim, Md Faerul Talib, Zulkifli Che Ros, Md Faiz Musa dan Md Saufik Ismail dan empat wanita iaitu Zaira Zakaria, Nurul Farhanah Johari, Raihan Yusuff serta Arisa Farah Edwin Abdullah.BHARIAN
No comments:
Post a Comment