SKUAD wusyu negara yakin membawa pulang dua pingat emas daripada Sukan SEA ke-25 di Laos bulan depan.
Ketua jurulatih, Yoong Thong Foong berkata, pada temasya tahun ini, beliau menyasarkan dua pingat emas melalui acara taijiquan lelaki dan nanquan wanita.
|
|
Katanya, dua tahun lalu, atletnya berjaya merangkul dua pingat emas melalui acara tersebut dan kali ini acara tersebut sekali lagi menjadi sandaran.
"Setakat ini, kami memang yakin membawa pulang pingat emas daripada dua acara ini dan sasaran tersebut dibuat berdasarkan prestasi semasa.
|
|
"Lagipun, hujung Oktober lalu, dua atlet negara berjaya membawa pulang dua pingat emas melalui acara tersebut pada Kejohanan Dunia di Toronto, Kanada.
"Justeru, saya dan beberapa jurulatih lain telah membuat analisis bahawa skuad kebangsaan mampu membuktikan kesungguhan mereka dengan membawa pulang pingat emas daripada dua acara ini," katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil baru-baru ini.
|
|
Selain dua emas yang disasarkan itu beliau turut berharap agar acara nanquan wanita dan taijiquan lelaki mampu melakukan kejutan untuk menambah koleksi emas yang mereka sasarkan itu.
Pada temasya di Laos kelak, skuad negara akan beraksi dalam satu jenis acara iaitu toulu yang menampilkan empat kumpulan disiplin iaitu chanquan, nanquan, taijiquan dan duilian.
"Setiap kumpulan disiplin mewakili kategori lelaki dan wanita.
"Setakat ini kami telah menyenaraikan 14 atlet untuk menggalas cabaran negara di Laos dan setiap seorang akan beraksi dalam satu disiplin (lelaki dan wanita)," katanya.
Ditanya saingan yang bakal dihadapi di Laos kelak, dia menjelaskan: "Pencabar kami sudah tentunya Vietnam yang dilihat semakin menyerlah kebelakangan ini." KOSMO
No comments:
Post a Comment