Wednesday, November 25, 2009

Tiada alasan gagal rangkul emas


ELAINE (kiri) dan Chew Chan antara prospek emas dalam acara taekwondo pada Sukan SEA di Laos bulan depan.


SKUAD teakwondo tidak ada sebab untuk gagal meraih pingat emas pada Sukan SEA Ke-25 di Laos, Disember ini.

Meskipun badan induk sukan tersebut melalui pelbagai masalah dalaman kebelakangan ini, namun atlet yang diberi amanah menggalas cabaran negara tetap mendapat perhatian yang sewajarnya.

Sebagai persediaan mencari emas di bumi Laos, atletnya di hantar menimba pengalaman di Korea Selatan.

Pengurus pasukan, K.M. Rajendran berkata, atlet taekwondo sudah ebrada di Seoul sejak 13 November lalu dan sedang giat menjalani latihan di Universiti Nasional Seoul.

Latihan pendedahan itu akan berakhir 3 Disember ini.

Menurutnya, dia yakin atlet taekwondo negara akan lebih bersedia menghadapi cabaran di Laos kelak selepas menimba pengalaman beraksi dengan atlet atlet dari negara yang menguasai sukan taekwondo itu.

"Kami memilih Korea Selatan kerana negara berkenaan telah terbukti berjaya melahirkan ramai jaguh yang hebat.

"Walaupun atlet negara tidak banyak didedahkan pada kejohanan peringkat antarabangsa sepanjang tahun ini namun, latihan di Korea Selatan itu mungkin mampu membantu meningkatkan prestasi mereka," katanya.

Rajendran berkata, pihaknya juga yakin bahawa atlet negara mampu mengatasi kutipan dua pingat emas yang diraih pada Sukan SEA di Korat, Thailand dua tahun lalu.




Seramai 10 atlet telah disenaraikan dalam skuad negara bagi memburu seberapa banyak pingat emas pada temasya di Laos kelak.

Pad atemasya kali ini, acara taekwondo menawarkan 16 emas.

Antara atlet yang akan menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Laos ialah Mohd. Afifuddin Omar Sidek, Rusfredy Tokan Petrus, Arif Faizal, Darrel Josie, Ryan Chong Wy Lunn, Elaine Teo Shueh Fhern, Nurul Nadia Mahamat, Nur Asyfalina, Che Chew Chan dan Lee Wan Yuen.

Menurutnya, atlet berpengalaman seperti Elaine Teo dan Che Chew Chan adalah prospek pingat emas pada temasya dwitahunan itu.

"Saya yakin kedua-dua atlet ini mampu merealisasikan hasrat meraih pingat emas.

"Dari segi sasaran, kami masih belum membuat ketetapan. Ia akan ditentukan sebaik skuad taekwondo pulang dari Korea Selatan."

Seperti biasa, Thailand, Vietnam dan Filipina tetap menjadi halangan negara untuk menguasai gelanggang taekwondo. KOSMO

No comments:

Post a Comment