|
|
KUALA LUMPUR - Masih ada sinar untuk skuad taekwondo negara beraksi di Sukan SEA Laos, Disember ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.
Namun begitu, Tunku Imran berkata, perkara tersebut masih bergantung kepada keputusan mesyuarat lembaga pengarah jawatankuasa yang akan berlangsung Selasa depan.
"Saya berharap ada peluang untuk atlet taekwondo beraksi di Laos nanti. Biarpun begitu, semua itu masih bergantung kepada keputusan mesyuarat lembaga pengarah jawatankuasa khas pada 10 November ini.
"Jika terdapat cadangan baik dan sokongan daripada ahli jawatankuasa khas, skuad taekwondo negara akan bertanding di Sukan SEA Laos.
"Namun begitu, nama-nama atlet taekwondo surah diletakkan dalam senarai dan saya sangat berharap agar mereka dapat bertanding di sana," katanya pada majlis penajaan sumbangan Sport Excel kepada atlet remaja negara, di sini semalam.
Seramai 33 atlet remaja daripada sukan golf, tenpin boling, berbasikal, kriket, gimnastik artistik, gimrama, skuasy, renang dan tenis menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM47,000 daripada Sport Excel.
Diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) 2010 untuk menggugurkan sukan taekwonndo di kejohanan tersebut di Melaka tahun depan, Tunku Imran secara peribadi berkata, dia tidak tahu alasan sebenar keputusan seumpama itu dibuat.
Jelas beliau, keputusan seumpama itu perlu mengambil kira sensitiviti orang ramai, terutamanya golongan atlet yang terlibat dalam sukan tersebut.
"Saya berasa sangat simpati kepada atlet berhubung keputusan tersebut. Saya sentiasa berusaha melakukan terbaik kepada mereka.
"Namun, pertelingkahan yang berlaku dalam Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) telah lama berlarutan dan ia merosokkan masa depan atlet-atlet sukan tersebut.
"Sehubungan itu, saya berharap agar setiap pasukan sukan negara ini sentiasa berfikir tentang sukan yang dikendalikan dan meletakkan keutamaan kepada kebajikan ahli persatuan.
"Jangan memikirkan keuntungan yang akan diperoleh menerusi persatuan di bawah kendalian mereka, tetapi kemajuan sukan itu sendiri.
"Mereka perlu mengenepikan kepentingan peribadi dan menjadi agenda utama sesebuah persatuan untuk meningkatkan sukan di pentas dunia," kata Tunku Imran yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Dalam pada itu, Tunku Imran merayu agar lebih banyak syarikat di negara ini tampil untuk memberi tajaan kepada atlet remaja menerusi kerjasama dengan Sport Excel.
Jelasnya, pemberian sumbangan berupa wang tunai kepada atlet remaja cemerlang mampu meningkatkan semangat mereka untuk terus bersaing.
"Sumbangan yang diperoleh membolehkan mereka membeli peralatan baru dan mampu mendorong mereka terus melakar kejayaan," ujarny
No comments:
Post a Comment