Dalam undian yang dikeluarkan penganjur semalam, Malaysia tidak perlu berdepan musuh tradisi dan penyandang juara, Indonesia dalam saingan awal.
Kedua-dua pasukan hanya boleh bertemu di pentas akhir. Malaysia yang memperoleh bye di suku akhir hanya akan mempunyai Thailand atau Kemboja sebagai halangan di separuh akhir.
Indonesia sebaliknya akan memulakan kempen dengan berdepan Vietnam, sebelum menentang pemenang di antara Singapura dan tuan rumah, Laos.
"Undian mudah mungkin memberi laluan yang lebih selesa untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir, tetapi ia bukan bermakna peluang untuk memenangi pingat emas lebih mudah.
"Melihat kekuatan semasa, tidak dinafikan Indonesia memiliki pasukan yang lebih mantap dengan tiga perseorangan yang kuat - Taufik (Hidayat), Sony (Dwi Kuncoro) serta Simon (Santoso), malah mereka juga memiliki beregu yang kuat iaitu Markis Kido-Hendra Setiawan (juara Olimpik).
"Kita pula terlalu bergantung kepada (Datuk) Lee Chong Wei serta beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, jadi saya rasa adalah lebih realistik kalau sasaran pingat emas itu diletakkan dalam acara individu daripada berpasukan,'' ujar Rashid.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini mensasarkan dua pingat emas pada Temasya Laos, 9-18 Disember ini, namun tidak pula dinyatakan secara spesifik acara apa yang disasarkan.
Begitupun melihat kekuatan di atas kertas, peluang terbaik untuk membawa pulang emas hadir dalam perseorangan lelaki (Chong Wei), beregu lelaki, Kien Keat-Boon Heong dan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.
Kali terakhir Malaysia membawa pulang emas berpasukan adalah pada Sukan SEA 2005 di Manila, namun kita gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir pada Temasya Korat 2007 selepas menurunkan pasukan kedua.
Cabaran perseorangan negara pada Sukan SEA Laos akan diketuai Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim, Kuang Beng Hong dan Liew Daren, manakala beregu pula dianggotai Kien Keat-Boon Heong, Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif dan Lim Khim Wah-Chan Peng Soon.
Sementara itu dalam saingan wanita, Malaysia memulakan kempennya dengan menentang Laos, sebelum dijangka bertemu Vietnam di separuh akhir.
sukan@utusan.com.my
No comments:
Post a Comment