LANGKAWI, 14 Okt (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyerapkan tiga lagi penembak ke dalam skuad Full Bore Rifle kebangsaan yang membuat persiapan menghadapi Sukan Komanwel 2010 di India.
Pengarah cawangan Elit MSN, Ariffin Mohd Ghani berkata penambahan itu menjadikan enam penembak akan menjalani latihan di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (Lisram).
Beliau berkata MSN meletak harapan kepada pasukan itu untuk mempertahankan kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2006 di Australia.
Mengenai persiapan skuad menembak ke Sukan SEA di Vientiane, Laos pada Disember ini, Ariffin berkata seramai 15 penembak kebangsaan giat menjalani latihan di Lisram selama dua minggu mulai pada Selasa.
Katanya mereka juga akan menyertai Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok, Thailand dari 29 Okt hingga 9 Nov ini bagi memantapkan persiapan menghadapi Sukan SEA.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment