
LAOS, tuan rumah Sukan Sea dari 9 hingga 18 Disember ini, akan mula menguji gelanggang dan kemudahan, bulan depan, untuk memastikan semuanya memenuhi piawaian.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Laos, Dr Phouthong Seng Akom, yang juga Presiden Jawatankuasa Sukan Kebangsaan Laos berkata, bagi tujuan itu Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Laos (Laosoc) akan menganjurkan beberapa kejohanan termasuk yang bertaraf antarabangsa di gelanggang terbabit.
Stadium utama yang boleh memuatkan 20,000 penonton hampir siap manakala gelanggang lain dijadual siap menjelang September, katanya dalam laman web rasmi Sukan Sea Laos.
Bagaimanapun, katanya, terdapat sedikit kelewatan dalam pembinaan lapang sasar bagi acara menembak disebabkan masalah dalam penyerahan beberapa peralatan. - Bernama
No comments:
Post a Comment