Sunday, June 7, 2015

Khairil puas hati dapat gangsa


SINGAPURA – “Pingat gangsa pun ok”.

Itu reaksi jaguh jalan kaki lelaki negara Muhammad Khairil Harith Harun yang berpuas hati setelah akhirnya mendapat pingat gangsa Sukan SEA 2015 untuk memperbaiki pencapaian dua tahun lalu dalam acara 20 kilometer semalam.

Acara itu merupakan tradisi pembuka tirai acara olahraga Sukan SEA.

Muhammad Khairil meraih tempat ketiga selepas menamatkan perlumbaan dengan masa satu jam, 40 minit dan 57 saat. Pingat emas menjadi milik jaguh jalan kaki Asia Tenggara, Hendro Hendro dari Indonesia dengan catatan masa 1:34:23s dan perak berjaya diraih atlet Vietnam, Vo Xuan Vinh (1:38:38s).

“Saya bersyukur kerana berjaya menang pingat gangsa dan berjaya menamatkan persaingan selepas gagal melakukannya dua tahun lalu.

“Secara jujurnya saya kurang berpuas hati dengan catatan masa saya kerana yakin jika cuaca tidak terlalu panas saya mungkin dapat melakukan lebih baik lagi,” kata Muhammad Khairil Harith selepas menamatkan perlumbaan yang berlangsung di East Coast Park.

Dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar, Muhammad Khairil Harith kecewa apabila dia dibatalkan penyertaan sewaktu saingan berbaki 200 meter (m).

Sementara itu, wakil negara dalam acara 20km jalan kaki wanita Elena Goh sekadar menamatkan persaingan di tempat keempat di belakang atlet Vietnam, Nguyen Thi Thanh Phuc (emas), atlet Myanmar, Soe Than Than (perak) dan Phan Thi Bich Ha dari Vietnam (gangsa). 

Sumber: UTUSAN

No comments:

Post a Comment