Friday, November 11, 2011

Saya selalu diberi peluang hadiri mesyuarat Sukan Sea

Bahagian2

Demikianlah seterusnya di setiap Sukan SEA saya akan bertugas sebagai pegawai dari MSN dan kebanyakannya adalah sebagai timbalan ketua kontinjen.
Namun begitu, saya tidak ke Chiang Mai yang menganjurkan Sukan SEA 1995 walaupun pada masa itu Program Jaya 98 telah dimulakan yang bertujuan untuk menyediakan atlet ke Sukan Komanwel 1998.

Sebagai pegawai muda saya telah diberi peluang oleh mendiang Thong Poh Nyen, Setiausaha Kehormat MOM untuk menghadiri mesyuarat Majlis Sukan SEA dari semasa ke semasa.

Beliau ingin saya mencari pengalaman dan mengenali pegawai-pegawai dari negara-negara anggota yang lain.

Oleh itu Sukan SEA dulunya Sukan SEAP tidak asing bagi saya dan melaluinya mengenali pegawai-pegawai dari negara anggota sebagai kawan dan kenalan.

Pada masa itu jumlah sukan yang dipertandingkan tidaklah seperti sekarang.
Hanya dalam lingkungan 18 jenis sukan sahaja dan lazimnya hotel menjadi kampung sukan bagi setiap negara.
Pada awal Sukan SEAP-SEA persatuan sukan perlu mencari peruntukan sendiri untuk melatih pasukan atau atlet masing-masing.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyediakan tiket penerbangan, pakaian sukan dan pakaian rasmi kontijen di samping elaun saku yang dipanggil elaun dobi.

Sasaran pingat tidak menjadi perkara pokok walaupun pegawai persatuan akan ditanya ketika membentangkan permohonan bagi pasukan atau atlet masing-masing di hadapan Jawatankuasa Pemilihan MOM.

Belum ada lagi istilah KPI seperti sekarang.



UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment