KUALA LUMPUR - Karate sudah kehilangan sebutir pingat emas pada Sukan SEA bulan depan, selepas prospek utamanya, Mohd. Hatta Mahamut sah tidak akan bertanding kerana kecederana lutut.
Atlet muda kelahiran Parit Buntar, Perak berusia 25 tahun itu terpaksa berehat enam bulan selepas menjalani pembedahan lutut, minggu lalu.
Hatta mengakui amat kecewa selepas dinasihatkan supaya menjalani pembedahan dan sekali gus, melupakan terus hasrat untuk beraksi pada Sukan SEA.
"Saya fikir setelah diberi tempoh untuk berehat pada bulan puasa lalu, kecederaan saya boleh pulih segera tetapi setelah melakukan pemeriksaan kedua di Institut Sukan Negara (ISN) masalah lutut saya masih tidak sembuh," katanya.
Hatta yang masih segar dengan kejayaannya meraih emas pada Kejohanan Karate Asia di China, Julai lalu, memberitahu, masalah Anterior Cruciate Ligament atau ACL yang dialaminya memerlukan pembedahan segera.
Selepas menjalani ujian saringan resonan magnetik (MRI), doktor mengesahkan terdapat koyakan di lututnya.
Jelasnya lagi, memang sukar untuk menerima berita sedih itu, malah, jurulatihnya turut terkejut dengan perkhabaran tersebut.
"Hendak buat macam mana, saya terpaksa berkorban demi masa depan saya.
"Saya harap ini pembedahan pertama dan terakhir, saya memang kecewa tidak dapat beraksi di Sukan SEA," ujarnya.
Mengulas mengenai peluang Malaysia yang mungkin terjejas untuk meraih emas pada temasya 11-22 November ini, Hatta menegaskan, skuad karate kebangsaan akan tetap membawa pulang emas sekali pun tanpa kelibatnya di Jakarta.
"Saya yakin sekali pun tanpa saya, emas tetap berada dalam genggaman kita, itu sudah pasti.
"Rakan-rakan sepasukan yang lain boleh memikul tanggungjawab tersebut," tambahnya.
Katanya lagi, tumpuannya kini adalah untuk pulih segera dan mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada Kejuaraan Dunia hujung tahun depan.
Oleh Aizawati Ahmad
sukan@utusan.com.my

No comments:
Post a Comment