Thursday, November 26, 2009

Skuad badminton ada ‘rahsia’


SANDARAN MALAYSIA... Barisan pemain lelaki badminton negara yang akan
beraksi pada temasya Sukan SEA
di Laos bulan depan.





"KAMI ada 'strategi rahsia' untuk memburu pingat emas pada Sukan SEA di Laos bulan depan."

Demikian kata Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh mengenai strategi mereka menghadapi cabaran pada temasya dwitahunan itu.

Menurutnya, mereka tidak meletakkan pemain mana yang bakal menyerlah kerana ia boleh menghadirkan tekanan.

"Kami mempertaruhkan pingat kepada semua pemain dan tidak memberi fokus kepada seseorang pemain sahaja.

"Kalau kita meletakkan seorang pemain dengan prospek emas, sudah pasti negara lain (lawan) akan memberi tumpuan kepada pemain tersebut.

"Biarlah kami simpan strategi rahsia ini dalam misi memburu pingat emas untuk negara," katanya.

Kenny berkata, pihaknya tetap mensasarkan dua pingat emas meskipun ada yang membuat andaian skuad badminton mampu mendapat lebih daripada itu.

"Setakat ini, kami hanya meletakkan sasaran dua pingat emas. Kalau mendapat lebih ia satu bonus kepada kami," ujarnnya.


KETUA jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek memberi arahan kepada Wong Mew Cho pada sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.


Melihat kekuatan di atas kertas, peluang terbaik untuk membawa pulang emas ialah menerusi acara perseorangan lelaki (Chong Wei), beregu lelaki (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong) dan beregu wanita yang akan digalas oleh Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

Kali terakhir Malaysia membawa pulang emas ialah menerusi acara berpasukan pada Sukan SEA 2005 di Manila.

"Pada temasya 2007 di Korat, kita gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menurunkan pasukan kedua."

Cabaran negara pada Sukan SEA Laos akan diketuai Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim, Kuang Beng Hong dan Liew Daren, manakala acara beregu pula dianggotai Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif dan Lim Khim Wah-Chan Peng Soon. KOSMO

No comments:

Post a Comment