Friday, February 27, 2015

Sukan SEA 2015: Senarai Pelayar Malaysia Diumum Jumaat

LANGKAWI, 26 Feb (Bernama) -- Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) akan mengumumkan senarai pelayar yang bakal membawa cabaran negara ke Sukan SEA 2015 selepas mesyuaratnya di Kuala Lumpur Jumaat.

Pengurus Besar MYA Mohd Afendy Abdullah berkata seramai 32 pelayar akan dipilih menyertai pasukan negara bagi acara itu pada temasya sukan itu di Singapura Jun ini.

"Pelayar-pelayar yang dipilih akan menjalani latihan berpusat di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan Langkawi sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi Sukan SEA," katanya di sini, Khamis.

Menurutnya sebelum ini, seramai 70 pelayar telah menjalani latihan pemilihan untuk menyertai pasukan layar negara.

Mereka juga bertanding dalam beberapa kejohanan termasuk Reggata Perdana Antarabangsa Langkawi yang berakhir pada 15 Feb lepas.

Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, pasukan layar Malaysia mengutip dua pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

List Of Malaysian Sailors For SEA Games 2015 To Be Announced Friday

LANGKAWI, Feb 26 (Bernama) -- The Malaysian Yachting Association (MYA) will announce the names of sailors who will represent the country in the SEA Games 2015 after a meeting in Kuala Lumpur on Friday.

MYA general manager Mohd Afendy Abdullah said 32 sailors are expected to be selected to join the national squad in the sporting event to be held in Singapore in June.

"The selected sailors will undergo centralised training at Langkawi National Sailing Complex as part of their preparation for the SEA Games," he said here Thursday.

Seventy sailors had undergone selection trial prior to joining the national squad and were involved in several tournaments with the last one being the Langkawi International Premier Regatta which ended on Feb 15.

During the SEA Games 2013 in Myanmar, Malaysia's sailing squad won two gold, three silver and three bronze medals.

Police Athletics Meet To Serve As Platform For Athletes To Earn SEA Games Ticket

KUALA LUMPUR, Feb 24 (Bernama) -- A number of National athletes are expected to use the police athletics meet as a platform to qualify for the 2015 SEA Games in Singapore, scheduled in June.

The three-day 2015 IGP Cup Athletics and Tug-of-War championships hosted by Selangor will be held at the National Sports Complex mini stadium in Bukit Jalil starting tomorrow.

Organising committee chairman DSP Dr A. Vasu said National athletes would take time off from their duties to see action in the track and field competitions held.

"National road race runner R. Venugopal who has competed in various international competitions in the 5,000m and 10,000m events and Amelia Musa (1,500m and 5,000m) will be among the main attraction.

"The Selangor contingent as the host of the championships has been given the mandate to retain the overall title, by the Selangor police chief Datuk Abdul Samah Mat," he said when contacted by Bernama.

Vasu said 18 contingents from throughout the country would be taking part in the competition while Selangor as the host would be fielding 89 athletes to defend the overall title.

For the record, Selangor emerged as the overall champion in two consecutive editions, namely in 2011 and 2013.

In 2013, Selangor defended the title by winning 12 gold, 11 silver and 9 bronze medals.

Wednesday, February 18, 2015

Seventh SEA Games stint for shotgun shooter Ricky

PETALING JAYA: Skeet shooter Ricky Teh has received an early Chinese New Year “ang pow”.
The shooter learned last week that he will be making his seventh SEA Games appearance in Singapore in June.

And the good news is that he has been placed under Category A – where all training expenses leading to the SEA Games will be borne by National Sports Council (NSC).  

Ricky is determined to make the most of this opportunity to regain the SEA Games skeet individual gold medal.

The 51-year-old is set to leave on Saturday for a second stint in the Sichuan province to train under former Olympic champion Zhang Shan.

The Chinese shooter won the skeet gold medal at the 1992 Barcelona Olympics when it was a mixed event.

“She runs a shooting school over there and this will be my longest stint. I’ll be there for one-and-a-half months,” said Ricky, who won the individual gold at the Vietnam SEA Games in 2003.
“I’m happy that I’m under Category A as shotgun shooters have always been on our own all this while.

“It could be because shotgun events are not always held at the Games. The last time the shotgun events were contested was in Korat, Thailand, in 2007. 

“We need the support (from NSC) as shooting is an expensive sport,” added Ricky, who enjoyed a blast in his first SEA Games in Chiangmai in 1995, bringing home a gold medal in the team event.
Last year, the 2004 Athens Olympic shooter paid his own way to go to Sichuan to train under Zhang Shan in a bid to check the slump in his form.

“My form dipped at the start of last year. I found it hard to get back my rhythm following a car accident the year before,” said Ricky.

“I paid my own ... for the flight tickets, accommodation, shooting fees and bullets for the two weeks I was there.

“The environment is different. If I were here, there would be distractions... like meetings and phone calls.

“After coming back from the stint, I competed in the SEASA meet (last December) and managed to get a silver.

“I believe I am on the right track heading for the SEA Games as I also won the gold at the Selangor Shooting Championships last Sunday,” added Ricky, who will team up with Gan Kong Leong and Amran Risman for the team event at the Singapore Games.

Monday, February 9, 2015

MYA Hope To Send 16 Sailors To The Singapore Sea Games

JOHOR BAHARU, Feb 8 (Bernama) -- The Malaysian Yachting Association (MYA) hope to send at least 16 sailors to represent the country in the Singapore SEA Games from June 5 to 16.

MYA President Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim said sending 16 sailors would enable Malaysia to participate in all 16 categories contested in the Games.

He said the selection of sailors for the SEA Games was in the second phase.

"The Langkawi International Premier Regatta 2015 that begins in Langkawi on Wednesday will be one of the platforms to select sailors for the SEA Games," he told reporters after flagging off a Monsoon Cup convoy at the Persada International Convention Centre, here today.

Kamaruzzaman who is also the President and Chief Executive of Johor Corporation said the Langkawi International Premier Regatta would see 70 national sailors participating.

The Monsoon Cup will be held in Johor for the first time since its inception while Jeremy Koo of Koo Racing Team will represent Malaysia under the Sime Darby Foundation-1Malaysia Match Racing banner.

The Monsoon Cup to be held at the Danga Bay from Feb 10 to 14, will see 12 world class teams participating.

Thursday, February 5, 2015

Gelora Kim Swee




Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Datuk Ong Kim Swee sedar beliau bagaikan tiada pilihan selain terpaksa memikul sasaran tinggi di Sukan SEA Singapura biarpun temasya sukan itu kini hanya dianggap medan pendedahan atlet muda.

Pengendali itu berkata, biarpun Sukan SEA hanya bertaraf Asia Tenggara dan tidak membabitkan skuad kebangsaan namun status 'ibu segala pingat' itu menjadikan bola sepak tetap menjadi tumpuan.
"Bola sepak di Sukan SEA tetap acara berprestij, setiap negara akan cuba mendapatkan pingat emas kerana memberi makna besar.

"Kita perlu tentukan sama ada penyertaan ke sana bagi tujuan pendedahan atau menyumbang pingat," kata Kim Swee ketika ditemui pada Mesyuarat Pemilihan Atlet Sukan SEA Singapura Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan, sudah tiba masanya untuk mereka memberi penekanan Sukan SEA hanya pentas pendedahan buat atlet pelapis.


No Medals Target For Singapore SEA Games - Tunku Imran


Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar
KUALA LUMPUR, Feb 4 (Bernama) -- The Olympic Council Malaysia (OCM), for the first time, has decided not to set any medal targets for the SEA Games in Singapore scheduled for June.

OCM president Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar said: "We've agreed not to set any target this time. We don't want to put any pressure on the athletes."

He said individual sports may have specific targets but this was not the case for the contingent.

"Every athlete has a chance to get a gold medal...and I believe every sport has its own targets," he told a press conference after chairing the OCM selection meeting for the 28th SEA Games in Singapore, here Wdnesday.

Present were the chef-de-mission (CDM) Datuk Mohamad Norza Zakaria, OCM honorary secretary Datuk Sieh Kok Chi and National Sports Council director-general Ahmad Shapawi Ismail.

Recently, Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin said Malaysia would focus on new and upcoming athletes at the Singapore Games.

Khairy also noted that in previous SEA Games, Malaysia had focused more on the number of gold medals to be achieved but this time the game plan had changed.

Tiada Sasaran Pingat Bagi Sukan SEA Singapura - Tunku Imran

Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) buat pertama kali, memutuskan untuk tidak meletakkan sebarang sasaran pingat bagi Sukan SEA di Singapura yang dijadualkan pada Jun.

Presiden MOM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar berkata: "Kami telah bersetuju untuk tidak meletakkan sasaran kali ini. Kami tidak mahu memberi tekanan ke atas atlet."

Beliau berkata sukan-sukan individu mungkin mempunyai sasaran tertentu tetapi ini tidak melibatkan kontinjen.

"Setiap atlet berpeluang untuk meraih pingat emas...dan saya percaya setiap sukan mempunyai sasarannya sendiri," kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pemilihan MOM bagi Sukan SEA ke-28 di Singapura, di sini pada Rabu.

Turut hadir chef-de-mission (CDM) Datuk Mohamad Norza Zakaria, setiausaha kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi dan ketua pengarah Majlis Sukan Negara Ahmad Shapawi Ismail.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia akan memberi tumpuan kepada atlet baharu dan berpotensi pada Sukan SEA Singapura.

Khairy juga berkata bahawa pada Sukan SEA sebelumnya, Malaysia lebih memberi fokus kepada jumlah pingat emas untuk dicapai tetapi kali ini strateginya telah berubah.

Wednesday, February 4, 2015

Dua gimnas elit digugurkan



STATUS atlet elit bukan jaminan untuk mendapat tempat dalam kontinjen negara ke Sukan SEA 2015 di Singapura nanti.

Ia terbukti apabila dua atlet gimnastik berirama harapan negara dipercayai digugurkan serta-merta oleh Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Menurut sumber dalaman MGF, dua gimnas tersebut ialah Amy Kwan dan Fatin Zakirah Jalany Zain Jalany yang juga merupakan pemenang pingat gangsa bagi acara berpasukan pada Sukan Komanwel Glasgow, Scotland tahun lalu.

“Mereka digugurkan serta-merta kerana tidak menunjukkan prestasi membanggakan. Situasi ini menyebabkan pihak pengurusan sebulat suara menggugurkan dua atlet terbabit daripada skuad kebangsaan serta penyertaan ke Sukan SEA 2015.

“Selain itu, kecederaan turut menjadi punca menggugurkan mereka.
“Namun, apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana lagi cara untuk mereka membuktikan kemampuan sedangkan potensi, keputusan dan prestasi semasa berada di tahap terbaik. Lihat sahaja pencapaian mereka di Sukan Komanwel lalu.

“Memang benar kedua-dua gimnas itu mengalami kecederaan dan sedang menjalani rawatan pemulihan tetapi saya percaya mereka mampu pulih dengan segera,” kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Ironinya, pengganti yang dipilih oleh MGF turut dikatakan mengalami kecederaan.
Isu tersebut timbul apabila hanya terdapat dua slot yang ditawarkan penganjur bagi acara itu dan perebutan berlaku apabila Olivia Tai Qing Tong diletakkan dalam senarai utama yang sepatutnya menjadi milik salah seorang daripada gimnas yang disingkirkan tersebut.

“Pihak MGF telah menilai prestasi Amy Kwan dan Fatin Zakirah Jalany, namun dikatakan tidak menepati standard. Tetapi, apabila Olivia yang baharu diserapkan dalam skuad kebangsaan serta tidak mempunyai rekod memuaskan sudah tentu akan menimbulkan pertikaian dan rasa tidak senang hati dalam kalangan atlet gimnastik.

“Sudah tentu apa yang dilakukan MGF tidak wajar memandangkan kedua-duanya memegang status elit dan rekod pencapaian di arena antarabangsa juga memuaskan,” ujar sumber tersebut.

Tambah sumber itu, Sukan SEA 2015 yang akan berlangsung pada Jun nanti, memberi peluang dan masa yang mencukupi buat dua atlet berkenaan untuk sembuh, sekali gus kembali ke prestasi asal.
Bagaimanapun, mereka dibenarkan menjalani latihan serta mendapat rawatan pemulihan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Nicol sets new number one record


KUALA LUMPUR: Malaysia’s squash queen Datuk Nicol David created a new world record for the length of time a squash player who has topped the world rankings, after marking her 106th month as world number one in the latest February Women’s Squash Association (WSA) list.

The 31-year-old Penangite, who became World Number One in January 2006, overtook the 105-month record set in February 1993 by New Zealand’s Susan Devoy, who was World Champion four times and British Open champion eight times.

According to www.squashsite.co.uk, Nicol collected 3,446 points while Egyptian Raneem El Welily was world number two with 2,580 points followed by England’s Laura Massaro with 2,145 points in third place.

The record was saluted at JP Morgan Tournament of Champions, held in January in New York where the tournament chairman John Nimick and Associate Director Beth Rasin presented Nicol with a congratulatory poster signed by the rest of the world’s top players.

“Nicol’s accomplishments place her among the greatest athletes in history and she has certainly elevated our sport.

“Nicol’s passion for the game and her desire to always be the best she can be inspires us all,” he said.
This month also sees Nicol extend her unbroken reign at the top of the world rankings to 103 months since August 2006, 45 months ahead of Devoy.

WSA Chief Executive Tommy Berden said that Nicol’s achievement was a fabulous accomplishment that deserves to be recognised


Sunday, February 1, 2015

Sukan @Seagames2015 medan ketengah pelapis - @Khairykj


SEREMBAN: Penyertaan Malaysia pada Sukan SEA di Singapura Jun depan adalah lebih kepada mengetengahkan pelapis dan juga atlet pembangunan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Katanya jika Sukan SEA sebelum ini, Malaysia memberi fokus kepada pungutan pingat emas iaitu berapa banyak pingat emas boleh dimenangi, tetapi kali ini dasar itu sudah diubah.

"Jadi, kita menganggap Sukan SEA sebagai peringkat pembangunan dan kita hendak dedahkan pelapis kita. Oleh itu, kita tidak hanya boleh melihat kepada pingat emas semata-mata tetapi kita juga harus lihat kepada pingat secara keseluruhan dan juga prestasi pelapis kita.

"Cita-cita kita adalah lebih besar lagi seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Kalau setakat Sukan SEA, kita tidak akan sampai ke mana," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian program Fit Malaysia peringkat Negeri Sembilan 2015 oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, hari ini.

Mengenai persiapan kontinjen negara ke Sukan SEA Singapura Jun depan, beliau berkata setakat ini persiapan berjalan lancar dan ia sedang ditingkatkan.

Khairy berkata Malaysia akan menyertai 35 daripada 36 acara sukan yang akan dipertandingkan pada temasya sukan itu.

"Majlis Sukan Negara sedang memperhalusi acara dan juga atlet yang akan kita hantar ke Sukan SEA tersebut," katanya.

Sementara itu, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan membuat pengumuman tarikh baharu sambutan Hari Sukan Negara 2015 tidak lama lagi memandangkan tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada November adalah tidak sesuai kerana keadaan cuaca tidak menentu.

Katanya Kabinet juga setuju bahawa Hari Sukan Negara ini akan menjadi acara tahunan.
"Kita tetapkan Hari Sukan Negara ini pada hari Sabtu pada tarikh yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

Hari Sukan Negara ini akan diadakan serentak di seluruh negara. Yang penting pada hari tersebut kita hendak melihat di seluruh negara dibanjiri dengan rakyat kita yang beriadah, bersukan dan yang terbabit dengan aktiviti kecergasan," katanya.

Menteri Besar pula mencadangkan untuk mengadakan hari sukan Negeri Sembilan sebulan sekali.
Mohamad berkata hari sukan negeri itu akan dapat membudayakan konsep hari sukan itu.