Wednesday, April 27, 2011

Komodo maskot Sukan SEA


Moda (kanan) dan Modi dipilih sebagai maskot Sukan SEA 2011.


KUALA LUMPUR – Biawak Komodo dipilih sebagai maskot Sukan Sea ke-26 di Indonesia dari 11 hingga 25 November ini.

Pasangan dinamakan ‘Modo’ (jantan) dan ‘Modi’ (betina) dipilih sejajar dengan usaha kerajaan Indonesia melindungi spesies haiwan itu yang semakin berkurangan, demikian menurut jurucakap jawatankuasa penganjur sukan itu yang dipetik oleh akhbar Jakarta Post semalam.

Di Jakarta semalam, Modo dan Modi diperkenalkan kepada umum dalam satu majlis bagi memulakan detik pengiraan 200 hari menjelang perasmian sukan serantau itu yang akan diadakan di Palembang.

Beberapa acara akan juga diadakan di Jakarta. – Bernama

No comments:

Post a Comment