Tuesday, January 25, 2011

Pingat makin kurang

KETIKA persatuan sukan berhempas-pulas merangka program kejohanan bagi melengkapkan atlet negara berdepan cabaran Sukan Sea, Indonesia, November ini, lain pula buat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) yang menerima khabar negatif apabila diberitahu jumlah pingat emas acaranya akan dikurangkan di temasya itu.

Setiausaha Kehormat MGF, N Shanmugarajah berkata, Konfederasi Gimnastik Asia Tenggara (Seagcon), sedang bermesyuarat di negara tuan rumah, Indonesia, bagi menekankan supaya jumlah kilauan pingat emas itu dikekalkan seperti sebelumnya.

Beliau yang menggalas jawatan sama di Seagon, langkah mengurangkan jumlah pingat itu nyata mengejutkan pihaknya yang tidak setuju.
“Negara anggota Seagcon, termasuk Malaysia, berasa tindakan memotong jumlah kilauan pingat emas kepada 17 berbanding 24 di temasya Sukan Sea tidak adil.

“Malah, bagi gimrama pula hanya ditawarkan satu pingat emas, yang mana tiada lagi kategori berpasukan untuk acara itu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro sejurus selesai mesyuarat bersama semua negara anggota Seagon di Jakarta, Indonesia, semalam.

Mengulas lanjut, Shanmugarajah berkata, akan ada lagi perbincangan berhubung isu ini pada jangka masa terdekat dan pihaknya berusaha mendesak agar jumlah kilauan pingat emas itu dikekalkan

“Sebagai Setiausaha Kehormat untuk MGF dan Seagon, saya bersama negara lain akan berusaha mengekalkan jumlah pingat di Sukan Sea. Perbincangan mengenainya akan diadakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sukan Sea Laos, dua tahun lalu tidak menyenaraikan acara gimnastik artistik dan berirama berikutan masalah infrastruktur yang tidak mencukupi.

Di Korat 2007, kejayaan meraih empat emas iaitu tiga acara individu dan satu berpasukan disumbang bekas ratu gimrama negara, Chrystal Lim Wen Chen.

Sementara itu, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan Sabtu lalu, menyaksikan tiada pelantikan jawatan baru dengan MGF kekal diterajui Profesor Datuk Dr Zakaria Ahmad sebagai Presiden manakala jawatan Naib Presiden disandang Abd Razak Mat Amin.


My Metro

No comments:

Post a Comment